Friday, July 06, 2012

CARA MEMBUAT BULATAN AJAIB (MAGIC RING)

Bulatan ajaib @ magic ring ialah satu bulatan permulaan yang perlu dibuat untuk sesuatu projek yang berpusing-pusing atau bentuk bulat. Sebelum ini memaparkan center ring adalah salah satu kaedah yang pertama perlu dihasilkan untuk memulakan sesuatu projek yang berbentuk bulat atau berpusing-pusing. Entri kali ini saya akan memaparkan cara-cara membuat magic ring iaitu satu kaedah yang digunakan untuk membuat center ring tanpa kelihatan lubang di tengah-tengahnya.

Sebelum itu saya akan membincangkan apakah perbezaan center ring dan magic ring.Gambar di bawah menunjukkan perbezaan antara kaedah center ring dengan kaedah magic ring
Sebelah kanan ialah bulatan menggunakan kaedah magic ring dan yang di sebelah kiri menggunakan kaedah biasa
Gambar sebelah kiri ialah center ring kaedah biasa, manakala di sebelah kanan pula magic ring. Perbezaan kedua-dua bulatan di atas ialah, yang sebelah kiri lubang tengahnya kelihatan dan yang di sebelah kanan, lubangnya tidak kelihatan.Keistimewaan kaedah magic ring ialah kita boleh melaras saiz lubang tengah dengan menarik benang yang pendek (lihat gambar dan penerangan di bawah). Kebiasaannya magic ring ini digunakan di dalam membuat amigurumi (berasal daripada bahasa Jepun yang bermaksud kaitan (crochet boneka haiwan dll).


Apabila saya kaji daripada bahan-bahan di dalam internet, sebenarnya langkah untuk membuat magic ring ini lebih kurang seperti kaedah bagaimana saya membuat slip knot, tetapi bezanya jangan ditarik benangnya terlebih dahulu dan perlu membuat single crochet. Rujuk gambar di bawah beserta penerangannya. Kredit kepada June Gilbank untuk gambar-gambar di bawah.

1. Simpul benang di jari kiri dan keluarkan dari jari seperti di dalam gambar sebelah kanan.


2. Masukkan jarum kait dan cangkuk benang dari belakang ke hadapan (pastikan benang yang ditarik adalah yang panjang atau benang bekerja). 


3. Seterusnya cangkuk lagi dan buat satu tali air(chain).

 4. Masukkan jarum kait dalam lubang dan mula membuat single crochett.


 4. Teruskan membuat single crochet mengikut saiz projek. 6 single crochet yang kelihatan di dalam gambar di atas.


5. Setelah siap membuat single crochet yang diingini, tarik benang pendek @ ekornya sehingga tiada ruang lubang yang kelihatan.Rujuk gambar di atas.

6. Masukkan jarum kait pada tali air yang pertama dan menghasilkan satu bulatan seperti di atas di dalam gambar kiri, dan seterusnya teruskan kerja kaitan di baris yang kedua. 


Kaedah magic ring ini sebenarnya lebih mudah daripada kaedah membuat center ring  serta kaedah magic ring lebih lagi kemas berbanding kaedah center ring dalam menghasilkan projek yang bulat atau berpusing-pusing



 
Selamat mencuba............
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...